- Apakah cara rawatan yang dijalankan di Sg Petani Terapi?
J: Rawatan dijalankan dengan cara mengurut atau tekan pada titik stimulasi pada badan mengikut sistem tertentu. Sistem tersebut adalah sistem darah, oksigen, air, nutrisi dan limpatik. 5 sistem dari 10 organ utama badan kita.
2. Siapakah perawat di Sg Petani Terapi?
J: Beliau seorang yang berpengalaman, berintigriti, berkredibiliti dan berdaftar dengan pihak berwajib.
3. Apakah rawatan ini ada kesan sampingan dan merbahaya?
J: Rawatan ini ada kesan sampingan yang amat kecil kerana kaedah tekanan dengan menggunakan jari/tangan sahaja. Rawatan yang mudah, selamat dengan penyembuhan semulajadi. Ini adalah rawatan tanpa ubatan kimia.
4. Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat di Sg Petani Terapi?
J: Semua penyakit adalah berpunca dari sistem organ badan yang bekerja tidak betul. Rawatan di sini adalah membetulkan sistem organ tersebut iaitu punca penyakit itu. Jadi semua penyakit yang berpunca dari sistem tersebut akan sembuh dengan sekali jalan. Ini adalah penyembuhan total. Ini bermakna semua penyakit boleh dirawat disini; dari demam dan selsema hingga ke penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gaot dan lain-lain lagi.
5. Adakah rawatan ini berkesan?
J: Telah terbukti keberkesanannya kerana badan kita sendiri yang memberitahu keadaannya dan seterusnya mengaktifkan balik sistem tersebut dengan semulajadi. Modaliti ini adalah berdasarkan kaedah saintifik dan pembuktian. Kesannya dapat dirasa sejurus selepas rawatan dijalankan. Badan akan merasa segar dan ringan pada keesokan paginya.
6. Berapa kalikah rawatan yang diperlukan untuk penyembuhan yang sempurna?
Ini adalah mengikut badan seseorang. Rasa ransangan sewaktu diurut itu akan memberitahu samaada sistem badan sudah stabil atau tidak. Untuk penyakit yang agak lama mungkin perlu hingga 5 atau lebih kali rawatan. Untuk sakit yang biasa mungkin 2-3 kali rawatan sudah mencukupi.