Kebaikan Senaman Kardio

#1: Meningkatkan Kesihatan Jantung

Jantung juga merupakan sejenis otot sebagaimana otot-otot lain dalam tubuh badan kita. Jadi, kita perlu mempunyai jantung yang KUAT untuk membolehkan jantung melaksanakan tugas utamanya iaitu mengeopam darah ke seluruh tubuh kita.

Jantung kan nadi utama hidup kita? Takde jantung, bye-bye lah dunia 😛

Oleh yang demikian, kita perlu memastikan jantung kita sentiasa kuat untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.

Dengan senaman kardio nilah, jantung kita akan berdegup lebih kencang dan menjadikan ototnya lebih kuat.

 

#2: Meningkatkan Metabolisma

Dengan meningkatkan kadar dengupan jantung, kadar metabolisma tubuh kita juga akan meningkat. Semakin tinggi kadar metabolisma, semakin meningkat juga kadar pembakaran kalori. Maka semakin mudah nak jaga berat badan.

Dengan erti kata lain, badan makin langsing atau kekal dengan berat badan ideal.

 

#3: Merangsang Hormon Dalam Badan

Latihan kardio dapat merangsang hormon yang menimbulkan perasaan senang dan sekaligus dapat mengatasi atau mengurangkan masalah tekanan. Ia jadi seperti anti-stress gitu.

Selain daripada itu, latihan kardio yang dilakukan secara betul dan terkawal akan dapat bantu merangsang hormon yang menurunkan nafsu makan. Best! 😛

 

#4: Mempercepatkan Recovery

Senaman kardio dapat bantu menurunkan waktu recovery dan membantu mengepam lebih  banyak darah yang sangat kaya dengan oksigen ke otot. Ini akan mempercepatkan proses pembaikan dan pembentukan otot-otot baru.

 

#5: Menangani Masalah Diabetes

Latihan fizikal seperti latihan kardio pada pesakit diabetes akan membantu meningkatkan kemampuan otot pesakit tersebut mengunakan glukosa sehingga mampu membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Maka, pesakit diabetes sangatlah disyorkan melakukan latihan kardio ni, tapi pastikan dengan nasihat doktor. Sebab, doktor pun pasti syorkan para pesakit diabetes melakukan latihan kardio.

 

Latihan kardio ni memang tak boleh dipandang remeh oleh kita. Bukan sahaja untuk kurus, tapi senaman kardio ni sangat penting untuk kesihatan badan. Jangan lupa juga memberi keutamaan kepada diet yang betul ye.

Kredit kpd: myliferia.com

Categories: General knowledge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *